§ Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya
manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk
memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan
dan kesihatan.
§ Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan
An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69
ertinya: “Dan Tuhanmu
mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon
kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
§ “Dari perut
lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang
memikirkan.”
§ Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat
bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran
telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
§ Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan
tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan
merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
No comments:
Post a Comment