Tuesday, 29 October 2013
lawatan daripada pergawai risda daerah baling
menyedut madu kelulut mnggunakan straw asli dari sarang
pegawai risda mendengar penerangan mengenai madu kelulut tersebut
Sunday, 27 October 2013
ASSALAMUALAIKUM...HARI INI SAYA INGIN BERKONGSI ILMU MENGENAI KHASIAT MADU KELULUT
§ Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya
manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk
memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan
dan kesihatan.
§ Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan
An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69
ertinya: “Dan Tuhanmu
mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon
kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
§ “Dari perut
lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang
memikirkan.”
§ Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat
bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran
telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
§ Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan
tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan
merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
Friday, 25 October 2013
Assalamualaikum....
untuk makluman blog ini masih dalam proses pembikinan
sila hubungi saya di 0124054199 atau di alamat emel faizmadu@gmail.com atau layari http://nasilemang.blogspot.com/ untuk pertanyaan dan tempahan.
lebah kelulut
madu kelulutKHASIAT MADU KELULUT ULU LEGONG
Meningkatkan metabolisma badan,,, meningkatkan tenaga batin,,, menjaga kecantikan,,, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman serta membantu menyembuhkan penyakit asma/lelah dan mengurangkan masalah resdung…
Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas
“Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifungus dan antikanser.
“Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.
“Selain berupaya menurunkan glukosa, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” …
Kajian turut mendapati madu kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi... Atas kelebihan itulah madu kelulut kini dicari mereka yang pentingkan kesihatan... Berbanding dengan madu lebah,,, madu kelulut dikatakan lebih kuat untuk tenaga batin... Rasanya yang manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat menyebabkan ia mudah diambil…
Subscribe to:
Posts (Atom)